Wednesday 27 June 2012

Tawakal Atas Ketentuan ALLAH

Nak pinjam ngan Qaseh bolehlaa..hek3.

Assalamualaikum sahabat Qaseh..entry kali ini Qaseh ingin kongsi taaadddaaaa seperti tajuk di atas.tentang buku ini.cantik kan buku ni sebab tu Qaseh beli dan suka dengan tajuk dia sebagai motivasi diri.hehehe.. Apa yang sahabat faham tentang "PENAWAR BAGI HATI". Ekcely buku ini dari Abdul Aziz Ismail ?? Jom kita fikir-fikirkan..^_^..


Sabda Rasulullah s.a.w :
''Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu orang bertanya, wahai Rasulullah bagaimana membersihkan??''
Rasulullah menjawab."
...membaca Al-Quran dan mengingati mati".


26 June 2012, tamat laa sudah final exam dan semester 6 Qaseh..Syukur sangat sebab telah dipermudahkan urusan Qaseh. so? sebab tu la entry kali ini bertajuk :Tawakal atas ketentuan Allah" . Dengan itu Qaseh hanya bertawakal kepada Allah dengan apa yang telah Qaseh buat dan usahakan untuk final.
Pengertian TAWAKAL menurut bahasa ialah berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan. Maksudnya di sini, kita mempercayakan diri kepada Allah s.w.t dalam melaksanakan suatu rencana berdasarkan kepada kekuatan-NYA dan melaksanakan sesuatu pekerjaan, berserah diri di bawah perlindungan-Nya ketika menghadapi kesulitan. Tawakal ini juga berkaitan dengan suatu rencana yang tetap(keputusan) atau kemahuan (azam) yang disertai dengan ikhtiar.


Ayuh baca sebuah hadis yang lebih mudah untuk kita faham tentang TAWAKAL ini yang bermaksud :
"Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang ditungganginya terlepas begitu sahaja di pintu masjid, tanpa ditambat terlebih dahulu.
Dia bertanya, Ya Rasulullah! Apakah unta perlu saya tambat terlebih dahulu kemudian saya tawakal atau saya lepaskan saja begitu dan sesuadah itu saya bertawakal?''
Rasulullah menjawab, "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah kamu!''
 (Hadis riwayat At-Tirmudzi)


Sifat TAWAKAL ini kita boleh semaikan dengan pelbagai cara. Apa caranya?? Iaitu melalui DOA dan ZIKIR, berfikir tentang kekuasaan Allah s.w.t melalui penciptaan-Nya, mengharungi kesusahan dalam hidup dan membaca serta meneladani orang-orang yang telah melalui jalan-jalan ini. Apa yang penting, kesungguhan diri kita untuk melatih diri menanam sifat mahmudah ini.


Rasulullah s.a.w juga ada mengajar sebuah doa berbunyi:

"Ya Allah, aku menyerahkan diri kepada-Mu dan aku menyerahkan urusanku kepada-Mu dan aku menyerahkan kekuatanku kepada-Mu kerana takut dan cinta pada-Mu. Tidak ada tempat untuk berlindung tidak ada tempat untuk lari daripada-Mu melainkan kepada-Mu. Aku percaya kepada kitab yang engkau turunkan dan kepada Nabi yang engkau utuskan."
(Hadis Riwayat Bukhari)

"Sesungguhnya Allah itu menyintai orang-orang yang bertawakal." (Ali Imran: 159)

"Dan betawakallah kepada Allah. Cukupalah Allah sebagai pelindung." (An-Nisa': 81)
Mudah-mudahan kesungguhan kita bermujahadah untuk memiliki sifat mahmudah itu ertinya kita membuka pintu yang lebih besar untuk Allah s.w.t limpahkan kurnia-Nya berlipat ganda. INSYA'ALLAH..
Salam sayang, salam rindu & salam ukhwah..^__^!!Waallahu'alam..



Friday 22 June 2012

$ Saat LaFaZ SaKiNaH$

Saat Lafaz Sakinah
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu..
 
 
Pernah dengar tak lagu ni? dari kumpulan Far East.. Bagi Qaseh lagu ini menceritakan pesanan seorang wali kepada menantunya. Bila dengar lagu ni..terfikir di benak Qaseh..betapa besarnya tanggungjawab seorang suami.."Jadikanlah dia WANITA SYURGA".. Maha Suci Allah..Jawab si suami .."Ku akur..Puterimu kini amanahku" ..
Isteri sebagai hamparan dunia yang suami pula sebagai langit penaungnya, isteri ibarat ladang tanaman, suamilah pemagarnya, Isteri bagai kejora suami menjadi purnama. Ketika isteri beri hempedu suami  perlu tabah menelannya.. Sesungguhnya, Pernikahan itu sungguh indah yang mengajar tanggungjawab bersama suami & isteri. Itu sahaja entry kali ini yang Qaseh nak share..hehehe..salam sayang, salam rindu, salam ukhwah..wallahua'lam..(^_^)..

Sunday 17 June 2012

!MY SayanG!

Rindu kat adik laaa..huhuhuu.
Auuucakkk!!! hehehe.Entry kali ini rasa cam nak cite pasal adik tersayang sorang nie. Sedar tak sedar  umur 6 tahun sekarang. Dah sekolah tadika tapi still bermanja. Memang rapat sangat dengan dia sebab dari hari first balik hospital, dah mandikan dia, sorang-sorang plak tu. Al maklumla..konon nak jadi nurse tapi tak dapat.hek3. Banyak sangat kenangan dengan dia. Dari kecik memang jaga dia, bawak pegi klinik setiap kali ada appointment ng nurse. 
Jaga dia macam jaga anak sendiri. Sangat manja sehinggakan Qaseh la mama dia. Bila mama tanya anak sape? Anak ma ke pa? anak kak laa. Terkesima mama. Dua-dua diam. Tak tahu nak kata apa.hahaha.memang kalau pegi mana-mana ngan dia memang kata anak Qaseh. yang lucu, siap tanya akak bersalin berapa kilo dia mase tu? eerrrr.....soklan yang biasa ditanya lagi, anak akak berapa bulan? ni anak eh? anak sulung ke? Husband keja mana?  memang dah kalih sangat dulu..mana taknya, tido ng Qaseh sejak dari kecik. Kalau demam malam2 memang bangunla jaga dia. Leh katakan memang xleh berpisah. 
Bila dah study jauh, konfem meraung2 nak ikot then demam..kecian sangat. mase dia kecik dulu, nak pegang baby len memang dia takkan bagi, jangan harap, kalau nak pegang baby kena sebelah pegang dia, sebelah lagi baby tu, adeh! macam ade anak kembar lak. Siap cubit lagi budak tu.hahaha.adeh!! sekarang dia dah sekolah, asal balik kampung, awal2 pesan, petang ti ambik adik eh? terpaksa la hantar die pergi dan balik sekolah, memang mengada-ngada sangat!!! kalau Qaseh xde kat umah dia tido dengan papa la.
Bila je Qaseh balik, papa panggil memang buat xdengar & buat tak nampak.hahaha..teruk betul dia. 24jam berkepit. Bila umur 5 tahun, Qaseh dah start ajar beli buku2, macam2 buku beli kat dia.dia rajin membaca, bayangkan umur 5 tahun dah lancar membaca. yang tak tahan lagi..semua kalau boleh dia nak Qaseh belikan utk dia, kasut sekolah rosak, mengadu kat Qaseh. Qaseh pun beli laa, mujur mase tu kerja.leh la beli banyak benda.yang tak tahan siap bilang lagi apa yang kena beli. Buat list.hahaha nakal.nakal..kalau pensel warna...wajib beli tiap kali balik kampung..adik2..macam2..Ragam dia tu la buat Qaseh rindu dia & sayang dia lebih.
Ini la dia budak kecik yang manja sangat!! Dek Ain Syakila..


haaa yang ni time die merajuk..last2 die yang pujuk Qaseh balik.Adeh!

Dia jugak yang paling suke usik Qaseh time tido..orang len dia takkan usik..Qaseh la mangsa.usik2 manja.
Dia la adik bongsu kasih..tak lama lagi nak balik kampung..Alhamdulillah. Leh lepas rindu kat dia..heehhee..itu ajela Qaseh nak kongsi..tetibe ingat kat dia, sebab semalam call dia nyanyikan lagu..cukup..cukup..sudah..cukup sampai di sini saja..memang gelak sakan Qaseh,,dah la memang sedap..ntah sape la ajar dia..ishhh..nakal..senyum sorang bila ingat dia nyanyi..hahahhaa. dah la panjang sangat celotehnya..nanti kita jumpe di lain hari yaaa.Salam sayang..salam ukhwah.. Assalamualaikum..(*_^)..

Friday 15 June 2012

!Luahan Hati!

Assalamualaikum..sahabat Qaseh sekalian.
Ya Allah..Qaseh tak de keja nak buat ni, tak de semangat.. Sebenarya..hati ini R.I.N.D.U kat seseorang..tapi biarla ia rahsia..sampai Qaseh termimpi-mimpi hari-hari..teruk kan. Yang paling bermain difikiran sekarang..adalah TEST JPJ KERETA..yang ni paling stress..sebab test pertama hari tu..Qaseh fail..sekarang dah down rasa..tapi kan orang lain 3kali fail ok aje..Qaseh ni..baru sekali pun dah down..tak tahu Qaseh nak kata apa sekarang..
Qaseh fail kat bukit :'( 

Ermm..lemah semangat rasa hari ini..Qaseh kena buat sesuatu..Qaseh nak kena pergi Muamalat *kolej lama Qaseh*.Qaseh rindu kat kawan-kawan jugak. Bangun ja tido..Qaseh call kawan-kawan..ishh buang tabiat sungguh.
 Maybe Qaseh sunyi..so..langkah terbaik..Qaseh nak pegi tido kat muamalat malam ni..then, Qaseh nak study sama-sama dengan Hidayah..yeaaaayyyy!!!!!
InsyaAllah..Qaseh leh tolong hati Qaseh ini. Sambil-sambil terngiang-ngiang lagu Sutera Kasih ni dan tak lupa untuk dengar Selawat Menanam Semangat, biar Qaseh rase semangat sikit.hehehee sempat jugak laa siap menaip celoteh ni.hik3..
Doakan Qaseh semoga bahagia yaaa..dengan Cinta Illahi.. Biar Qaseh selalu semangat ..tempuh hari-hari mendatang..
Wallahua'lam.

Wednesday 13 June 2012

Dia Maha Pengampun..

Hari ini..andai kita terjebak ke dalam dosa..
Andai kita tersembam di lumpur noda..
maka..usah kebingungan..
Bangunlah..
Sucikanlah diri..bersihkanlah dirimu..
Dengan berwudhuk..
Dengan wudhuk yang sempurna..


Engkau Cinta Agung..Ya Allah..
Kemudian..
Bangun dan berdirilah..
laksanakan solat dua rakaat..
Kemudian..Mohonlah keampunan ALLAH AL GHAFFAR..
Nescaya Dia akan mengampunkan dosa-dosa kamu itu..
Kerana Dia sememangnya Maha Pengampun..
Biar sebanyak mana dosamu..
Teruskanlah mengetuk pintu Allah..
Teruskan menyeru.. Ya Allah..Ya Allah..Ya Allahhhh..
Dia sentiasa menantimu..
Dia amat merindui kepulanganmu..
Biarpun kamu mengadapnya dengan segunung dosa..
Namun, Dia menantimu dengan sepenuh CINTA..

Sunday 10 June 2012

! OOO MAK ALERGIK LAGI!!!

Aaaarrrr..alergik!!!!
tak tahan laaa.. three rius tak tahan. Nak tahu puncanya? Opkos laa Qaseh makan benda yang dilarang..  means bende tu memang Qaseh tak boleh makan...Qaseh makan Char Kue Teow..feberet kot!! dah laa beliau letak udang..perrggghh..terbaik laaa.memang tak ingat dunia bila jumpa alah tu.
Bangun pagi, rasa sumtin kat tapak tangan dan lengan, hari ke 2 & 3 lagi melarat ke tempat lain..mulaa laa reaksi pertama.. Aaaarrrrr Syafawatiiiiiiiiiiii...wina alergik... :'(..kaget..ubat memang xde spare..sebelum ini memang ade spare sebab dah tahu alergik. Then, haaa..Qaseh teringat dalam purse ade lagi 4 biji.apa lagik..cepat-cepat telan.hik3..then, Qaseh tidur mati , ish xde la.tido tanpa sedar. Akibat penangan ubat.

Ni dah masuk hari ke5..masih xokey lagi.tak tahu dah nak buat. Ubat kawan dah belikan, then makan.mujur tak overdose..mekaseh my luvly ru8 & Nor'Atikah Baharil, tolong belikan ubat.heheheee..

Faktor-faktor Alergik: TAAAADAAAAAAAAAA....
  • Makan SEAFOOD : Udang, sotong, kerang, dan seangkatan denganya anak pinak, cucu & cicit beliau.
  • Akibat Belacan : haaa ni memang feberet Qaseh, Kalau makan jawapnya bersin & selesema teruk.
  • Budu : akcely BUDU ni feberet Qaseh, kalau balik umah memang papa Qaseh beli untuk Qaseh sebab tahu anak bertuah ni memang suke budu.ahaksss..then, after makan..apa jadi? Qaseh bersin dan selsema teruk.. waaaaaa..bende tu semua suke,tapi xleh makan.tapi Qaseh makan jugak..memang degil sikit laaa..sikit je..hik3!!!
  • Debu dan Kotoran : haaa yang ini memang xleh tahan, feberet Qaseh adalah mengemas. kalau mengemas rumah, tengok laa..start bangun pagi mula laa pembuke cerita...hhaaaaccummm!!! selsema ni memang takkan hilang selagi xmandi.Kadang-kadang 4 atau 5 pagi tersedar gara-gara hidung selsema. mula laa mencari-cari tisu..adeh!! teruk-teruk..


Sekarang, alhamdulillah, alergik xde seteruk dulu..masih dikawal.tapi Qaseh masih xleh alpa..bende tu still ada dan bile-bile masa dia akan.....poppp!!! jadik!! itu yang tak tahan..eeerrrrrrrr...Qaseh tahu alergik ini apa sangat kan, orang lain lagi teruk,jauh lebih teruk berpuluh-puluh kali ganda sakit. Qaseh sedar akan itu. ^__^..

 Ya Allah, andai sakitku ini dapat menghapuskan dosa-dosa aku, aku sanggup Ya Allah, terima kasih Allah masih diberi peluang.
WALLAHUA'LAM.. (^__^)..

P/s: sahabat-sahabat Qaseh ada nak kongsi tentang "ALERGIK"..jom..sangat dialu-alukan.







Saturday 9 June 2012

!ISLAM ITU INDAH!

13 perkara yang perlu dijaga oleh WANITA..perkara ini memang semua orang tahu kan? Bezanya, ada yang ambik berat ada yang sekadar baca, lihat dan membutakan MATA &memekakkan TELINGA.

1) Bulu Kening : Menurut Bukhari, Rasululluah melaknat wanita yang mencukur bulu kening atau menipiskan bulu kening atau diminta dicukurkan bulu keningnya. (Petikan Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2) Kaki & semacam hantu loceng : Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau menghentakkan kaki) agar diketahui perhiasan mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

3) Wangian : Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudaian melewati suatu kaum supaay mereka itu mencium baunya, (*wanauzubillah) maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinaya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4) Dada: Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)


5) Gigi : Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)

6) Muka & Leher : Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang Jahilliah yang dahulu


7) Pakaian yang jarang: Asma bte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan pakaian yan nipis. Wahai Asma! Sesungguhnya gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (Petikan Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)


8) Tangan : Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari menyentuh TANGAN bagi kaum yang TIDAK HALAL baginya. (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)


9) Mata: Dan katakanlah kepada wanita muslim hendaklah mereka menundukkan sebahagian pemandangannya. (Petikan An Nur Ayat 31)


10) Mulut (Suara): Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam bersuara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik. (Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 32)


11) Kemaluan: Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukmin hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka & menjaga kehormatan mereka.(Petikan An Nur Ayat 31)


12) Pakaian: Barangsiapan yang memakai pakaian berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberi pakaian kehinaan di akhirat nanti. (Petikan Hadis Riwayat Ahmad, Abu D, An Nasaii dan Ibn Majah)


13) Rambut : Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya dilihat lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari). Riwayat Imran Bin Hushain . Bahwa Rasulullah s.a bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit ialah kaum HAWA. (Sahih Muslim no. 4921)


Oleh itu, mari kita sama-sama berusaha  jadikan hari-hari kita lebih baik dari semalam & hari ini. Kita manusia memang takkan terlepas dari alpa & lagha, maka ilmu yang sememangya semua orang tahu, Qaseh peringatkan balik untuk diri Qaseh & sahabat2 kesayangan Qaseh. Sampaikanlah di antara kamu even satu ayat. Wallahua'lam. S.E.L.A.M.A.T B.E.R.A.M.AL. (^__^) !!!







Friday 8 June 2012

PIliH SuaMi ''CINTA HIGH CLASS''!!

Assalamualaikum..buat tatapan entry Qaseh tersayang lagi dirindui.. ^__^..sihat semua tak? InsyaAllah kalian sihat yaaa..Qaseh sayang kalian semua..hehehe..
Hari ini Qaseh nak share lagi ceramah Ustazah Fatimah Syarha..tajuk hari ini seperti di atas..jeng3.. tajuk ulasan kali ini ''CINTA HIGH CLASS'' jangan lupa dapatkan novelnya tau..
*******ULASAN********
ceramah ini lebih kepada cara kita nak didik anak-anak. Uztazah merupakan seorang UMMI kepada dua orang cahaya mata, beliau kongsikan ssedikit cara terbaik untuk mendidik putera & puteri kita nanti. ^__^.
kata Ustazah : Didik anak sangat lah susah tetapi mempunyai pahala& nikmat yang tersangatlah besar.dengan cara bagaimana?? iaitu dengan DOA mereka yang menjadikan saham buat kita di akhirat kelak yang xpernah putus.
yang seterusnya, cara nak didik anak adalah bermula proses di mana siapa ayah untuk anak-anak kita.
kata Nabi : "Pilih jangan tidak pilih".
Pilih la yang baik, pilih yang paling HIGH CLASS..
Apa yang dikatakan CINTA HIGH CLASS?
adakah seorang anak RAJA? anak Yusoff Al-Qardhawi?
yang dikatakan cinta high class ialah: 
1) DIA letakkan cinta ALLAH NO.1
2) Cintakan kita kerana ALLAH *dia xajak kita buat perkara yang dilarang, dia xajak kita mesEj2 sampai lagha, & dia xkan ajak kita buat perkara yang Allah murka.*
3) MUJAHADAH/Lawan Nafsu
4) Cinta itu menjaga hubungan dengan Allah & hubungan dengan manusia.

pertama kita mesti didik anak ialah dengan DOA..
kisah Nabi a.s banyak menceritakan tentang DOA.
yang keduanya ialah kita sebagai ibu-bapa kena BANYAK JAGA LIDAH iaitu jaga tutur kata.
ibu-bapa merupakan pengaruh paling besar dengan tindakan kita. sekiranya ada dalam diri kita sekarang ,bermula detik & ketika ini KIKIS la perlahan-lahan semoga kita mampu jadi yang terbaik.
kata Riwayat Aisyah r.a : WANITA yang paling baik itu ialah WANITA YANG tidak dikenali BERMULUT CELUPAR & WANITA yang tidak mudah percaya dengan tipu muslihat lelaki.
kata Ibnu Abbas seorang sahabat nabi: Kebaikan itu MUDAH, Kebaikan itu nilai PERHIASAN, kata-kata yang baik dan melihatkan WAJAH yang berseri-seri.
Maha Suci Allah.. sungguh INDAH ISLAM ini..

setakat ini sahaja yang dapat Qaseh ulas..nanti lain siaran Qaseh akan kupas mengenai 
''KAU TERCIPTA UNTUKKU & PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL''
Mudahan-mudahan ia dapat manfaat kita bersama sebagai jalan menjadi ISTERI & UMMI SOLEHAH buat anakanda kita, walaupun bukan hari ini, boleh jadi esok? luse? minggu depan..tahun depan & bila-bila masa, peluang untuk berubah selalu ada, cuma bergantung kepada DIRI KITA SENDIRI.. WALLAHUA'LAM...sekian. (*_^)..

~CAFE CINTA~

Mesti tertanya-tanya entry yang Qaseh buat kali nie.haaa.ni ulasan dari ceramah yang Qaseh dengar..ulang,ulang & ulang lagi..so?Qaseh nak share apa yang Qaseh dapat.
dari Dr Farhan Hadi & isteri tercinta kak Fatimah Syarha (Novelis Tautan Hati & Sebarkan CintaMU) *sy suka sangat kat akak tau..eee.('',).
dapatkan di pasaran "NOVEL: Cinta High Class'' keluaran April..tapi Qaseh xjumpa lagi =( ..nanti Qaseh usahakan yaaa..kawan cakap memang best sangat-sangat!!! lagi la excited Qaseh nak carik.huk3..
*********ulasannya********
CAFE CINTA??
Apa itu cinta?
Siapa yang ajar kita erti Cinta?
Adakah Kareena Kapoor? Hitrik Roshan? atau Bollywood?atau lagi Hollywood?
kata Al-Imam Hassan Al-Banna: "Kekuatan Faham itu adalah rukun satu daripada 10 rukun Bai'ah & pecahan rukun itu ada 20 usul."
kita nak faham apa? kita nak faham apa itu CINTA..
nak kenal cinta, kita kenal orang yang kenal Allah & takutkan Allah..
orang yang paling takut Allah di kalangan Hamba Allah, ialah orang Ulamak.
kata Syeikh Yusof Al Qardhawi: Tawwassul adalah hubungan yang tidak jelas.
kata Al-Imam Hassan Al Banna: "kalau kamu berkapel/ berkawan 20 tahun sekalipun, kamu tak kenal dia.yang kamu kenal adalah LAKONANNYA.."
Ni laa Ustazah Fatimah..solehah kan.

kata pepatah Arab: "Setiap yang bertunang / ada perasaan sebelum bernikah sedang berdusta.
masa tu kita hanya kenal seorang pacar bukan seorang SUAMI.."

Seterusnya, diceritakan lagi tentang kisah Saidina Umar Al Khattab: beliau meletakkan piawaian untuk kenal seseorang..bagaimana piawaiannya?
jom dengar ceramah..hehehe.
disentuh lagi tentang MERISIK..merisik ni bukan kapel-kapel.Merisik ialah kita minta atuk, ayah, abang, atau adik tanya tentang Dia.tanya orang yang berjiran dengannya.itulah merisik. ^_^..SubhanaAllah indah islam ini kan?
tambah zaman moden ini..cara kita merisik DIA..dengan FB..dengan BLOGnya..di situ kita boleh tahu bagaimana DIA layan perempuan, cara dia tawarkan CINTA pada wanita,cara dia cakap.semua kita boleh kenal DIA. 
kata Al Imam Hassan Al Banna lagi: CINTA itu boleh lenyap dengan lenyapnya sebab" *mendalam kan maksudnya..nak tahu lebih lanjut jom dengar..^__^.
bahaya sekiranya kita ambik sebab yang sementara. tetapi sekiranya kerana ALLAH, kerana AGAMA & AKHLAKnya cinta itu takkan lenyap..takkan LENYAP.knp?? fikir-fikirkan yaa..
ISLAM nak kita BAHAGIA..melangkah ke alam rumah tangga yang paling bahagia.
ALLAH sayang kita, Allah tak nak kita masuk neraka. semua orang atas BUMI ini layak untuk BAHAGIA, tapi kena CINTA ALLAH NO.1!!!
Doa nak suami SOLEH dengan ALLAH...
1) kene FOKUS 2) Hadir MINDA + HATI 3) kalau boleh hadirkan AIR MATA. ALLAH itu MAHA PENYANTUN & Dia boleh bagi JAUH LEBIH BAIK!!

seterusnya, adalah JIHAD/ MUJAHADAH..di mana jihad ialah LAWAN NAFSU ..jaga hati kita. Bagaimana?
1) kita kena ada MAJLIS ILMU. 2) AL-QURAN setiap hari. 3) SOLAT mesti CUKUP. 4) ada pencegahan CINTA 5) kene ulang-ulang & ulang TAZKIRAH kerana TAZKIRAH ibarat CHARGER kepada IMAN kita. 
WALLAHUA'LAM..

ceramah ni memang best sangat..even banyak kali dengar xpernah puas.so, serba sedikit sekadar peringatan untuk diri QASEH dan sahabat2..SEKIAN.
kata2 ustazah FATIMAH SYARHA: kalau awak nak saya, AWAS jangan dekat, dapatkan cara TERHORMAT, saya ada WALI..biar ada PRINSIP begitu..

Thursday 7 June 2012

MahA sUcI ALLAH. ^-^...

SubhanaALLAH.....
memang susah nak luah saat ini rasa hati..
Qaseh baru ja lepas dua paper exam..Qaseh exam trade & agronomi..Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi. 
nak dijadikan cerita..Qaseh sedih sangat-sangat malam ni.Qaseh perlukan seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan.tapi Qaseh xmo cerita kat sini.
pukul 11.30 Qaseh mula menekan handphone..cari tempat yang paling dipercayai,.paling Qaseh sayang dalam dunia ni..paling kasih cintai..Qaseh call..tettt..jeng3...bukan ''boyefren'' tapi my Greatest MOM!!! Qaseh xde bf laaa.betul..xpercaya? plezzz percaya.wait.wait.wait..bukan ini yang Qaseh nak cite..
********STRAIGHT TO THE POINT************
sebenarnya..tadi pukul 6:30 kami bersama 8 orang sahabat..mereka terdiri daripada.jeng3.adelaaa rahsia.hik3.
kami pegi kua makan char kuew teow..*my feberet!!
& eskrem..wah!! mmg TERBAEK!! 
itu ja yang mampu mencurik hati Qaseh untuk makan..sebab SEDAP SANGAT2!!..*pomote dah nih!*
tapi after ja makan & gelak-gelak kat warung tu..ng bising gurauan kami ex-ex SMART TEAM..riuh satu warung..
kami pun sedia nak balik..
terima panggilan dari sahabat lama saya...panggilan yang membuat Qaseh cukup sedih, pilu, geram.leh kata cukup rasa ada.nasib baik after makan..kalau tengah makan konfem2 tak habis makan.... :'( ..
dah 3 minggu kurang selera makan..tak tahu apa sebab.
awat melalut dah ni..eee Qaseh..
okey...Qaseh sambung..then, sampai bilik bila kawan-kawan tak de di samping..
hujan mencurah perlahan-lahan..di pipiku.
then..call adik ika tersayang..cite kat die.then kat MAMA..
mama bagi banyak sangat-sangat tips..hahahaa..
bukan tips tapi nasihat yang cukup bermakna buatku..
baru laa Qaseh leh senyum sambil menagis sebab terharu..s0b3~~
btw..thanks a lOt MAMA!!! your the best motivator!!!! 
Ya Allah ..sungguh dugaan-MU..terima kasih ALLAH.. (^_^)...


Saturday 2 June 2012

Rindu SANGAT-SANGAT!!

SubhanaAllah..tak tahu nak ungkap..Qaseh terlalu rindukan papa...bile terlintas je menitis air mata..:'(..
2 hari lagi nak final exam..macam-macam dugaan.masa awal-awal sem tak ingat sangat sebab Qaseh busy dengan program-program lain..
pagi-pagi lagi..dah call ma..
ma suruh balik sebab ada kenduri..waaaaa mase tu dah mula sebak.tapi control lagi.menambahkan hiba bile pesanan suruh study..jawab molek exam..mula dah sapu air mata..huk3.then, cakap ngan 
dengan adik tersayang...

Qaseh: adik...adik ajaklak papa mari UUM..adik xrindu ke?
Adik Ain : Rindulaaa..kekgi adik kabo.balik beli coklat eh.banyak gitu..coklat langkawi.*aiissshhh macam laa Qaseh ade mase nk p sane.hahhaaa..

dah 3 hari macam ni laa..duk bilik buat assignment, tidur, study..ngadap lappy..mungkin Qaseh rase sunyi..lagi mengingatkan family..bile terpandang je wajah-wajah kat board study ni..syahdu sangat rasa.. :'(..cepat laa masa berlalu..NAK BALIKKKKK!!!!

''walau apa pun..NUR DARWINA SOFIA awak kena sabar & kuat yaa..nanti balik lama..gunakan masa sebaik mungkin yaaa..yeaayyy!! dapat pujuk hati..hik3.(*_^)..''

Wednesday 30 May 2012

!Ulang Tahun Kelahiran Mama!!


Selamat Hari Lahir mama tersayang..29 mei 2012..
malam tu tengah syok-syok admin taip esemen..hampir terlupa bufday mama..adeh!! tengok jam 12:30 malam..halamakkkk!! merajuk la sat g ma.mase tu teringat satu bende..mesti aku orang last wish kat mama antara Abg Wan, Kak su, kak Mar & Eyka.
Opssss mama..lupe laaa..
dengan perlahan-lahan taip mesej kat mama..

"Assalamualaikum..ma..maaf lambat wish..sebab ralik duk wat esemen.selamat hari lahir bt mama..semoga mama bahagia selalu..doakan ma diberkati & dirahmati Allah..kami semua sayangggg mama  dan rinduuu mama,segalanya mama..love & miss u so much!!''

msj sent..ke Bonda Tercinta..2 minit ago****
Bonda TerCinta: terima kasih..mama sayang kamu jgk..luv n miz u..
*perggh mama kalau bab msj memang advance.cayalah..kadang2 kami adik beradik xfaham sebab terlalu short form..hahahahhaa..yang paling tak tahan msj mama"luv u n miz u..t.cre my daughter" ..suke sangat bile bace.hik3..ish3..mama..mama..satu je dalam sejuta.
mama juga pemberi motivasi, nasihat, dorongan & semangat..pengalaman mama cukup mengajar kami erti "kehidupan"
rindu mama,,rindu pelukan mama..maaf sangat tak dapat balik..sebab busy..memang kami plan nak sambut bufday mama.tapi x diizinkan.nanti bulan 6 ni..balik..cukupla empat hari kita berjumpa kan ma..ubat rindu ja.
sayangggg ma..rindu kasih & perhatian ma.


Hadiah dari Abg Wan & bakal isteri..


ni dari kak sue..nak sangat mama bergaya sakan.. 

Sunday 22 April 2012

LEPAS RINDU!!

Assalamualaikum...
lama bebenor admin xupdate blog..huhuu.bukan pe admin xde mood nak update..banyak sangat nak cite tapi campur ng busy maka malas nak update.

ermm after cuti, opkos rindu family..xpuas bercuti.tapi dalam best2 pun hati still terkilan.admin pasti semua ada hikmah..Allah mengatur segalanya...& admin yakin itu..even hari ini kita sedih, ada sesuatu disebalik kesedihan itu yang kita xpernah tahu.

rasa bahagia bila dapat dengar suara orang-orang yang admin sayang, baru pas gayut ngan my mom!!..terima kasih sebab time admin susah senang mereka selalu di samping... love u ols!!!
 untuk itu aje la eh..admin banyak keja ni..bertambun-tambun esemen..wwuuuaaaaaa...tolong.tolong.tolong....(*zzzzzzzzzzaaaaaaasssssssssssss..-lesap-)**


Thursday 29 March 2012

!KembaLI BerTaut!

Assalamualaikum...hehhehee...aaauucaaakkk!!! lama sangat aku tak update blog..ekcely aku diam seketika..
ape cite sekarang? hmmm..so sweeeettttt...hik3..comel gitu..xde laaa.sekarang aku busy sikit..leh katakan mula bangun tido hingga laa 12tgh malam..ade aje keja aku.biaselah student kan..
haaaa aku ade cite best nak bagitahu korang..lagi satu,dua,tige, tujuh..opppssssss...eeerrrr tertinggal empat,lima & enam hari lagi aku mahu pulang kampung,,,yihaaaaaaaaaaaaaaa....jangan jeles erk? bahagia sangat..kadang rindu kat famili leh nanges aku nih..bukan aku manja ok? tp lumrah perempuan xleh tinggal lama-lama parent..rindu mendatang..cewaaaahhhh!! rindu kat adik-adik..maklumla kakak yang bek katakan..ahakkksss..xleh blah ayat..kahkahkah..
aku rindu kat papa aku, bonda, mama,opkos adik tersayang ''ain syakila''..uuummuuuuaaahhh!!!! 
tapi kan..b4 nak balik..aku kene tempuh mid term exam dulu..s0b3..btw, nak senang mesti kene susah dulu kan?haaa sama cam aku laaa.balik seminggu je.ok la not bad..bersyukur..xleh la lama-lama..
okeyla setakat ni aje ye..warkah buat blogger2 sekalian..
sayang kamu ketat-ketat!! rindu kamu ketat-ketat! mekash sebab sudi lawat entry aku yerk..samsamidaaaa'..hik3.. ^_^ !!

Saturday 10 March 2012

!KeRaNa DiRiMu Begitu BeRhArgE!

''Kerana CiNTA aku TERLUKA..
Kerana SAYANG aku MERANA..
Kerana RINDU aku TERMENUNG..
tapi kerana DIRIMU aku TERSENYUM (^_^)..''

!Selamat Beramal!

Assalamualaikum..hehehe..haa arini..aku nak share sumthing yang baik..meh la sama-sama kita amalkan..fadhilat amalan surah-surah tertentu..


********Surah Yasin******
Daripada Ma'qal bin Yasaar bahawa Rasulullah S.A.W berkata,
''Jantung al-Quran adalah Yasin. Sesiapa yang menbacanya & berharap akan keredaab Allah dan hari akhirat, pasti akan mendapat keampunan Allah. Bacalah Yasin itu kepada orang yang mati di kalangan kamu''
Selain itu, surah Yasin juga dapat menghilangkan rasa dahaga @ kehausan pada hari kiamat.

********Surah Al-Mulk******
Abdullah bin Mas'ud melaporkan, 
''Sesiapa yang membaca surah al-Mulk pada setiap malam, Allah akan menjauhinya dari seksa seksa kubur.(Pada zaman Rasulullah S.A.W), kami menamakannya surah al-Mani'ah(pencegah). Sesungguhnya ia terdapat pada Kitabullah satu surah. Sesiapa membacanya pada malam hari, pahala & kebaikan pasti diperolehinya berlipat kali ganda''.

********Surah Ad-Dukhan******
Abu Hurairah melaporkan hadis,
''Sesiapa yang membaca surah al-Dukhaan malam hari, pada pagi harinya tujuh puluh ribu (70 000) malaikat akan memohon keampunan untuknya.''
Tambahan, surah ini dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

*******Surah Al-Kahfi*****
Abu Sa'id al-Khudri melaporkan Rasulullah S.A.W berkata,
''Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi  pada hari jumaat, dia akan diterangi NUR(cahaya) di antara dua Jumaat.''

*******Surah Ali Imran******
Ibnu Abbas melaporkan Rasulullah S.A.W berkata,
''Sesiapa yang membacakan surah yang disebutkan di dalamnya Keluarga Imran(Ali Imran) pada hari Jumaat, Allah bersama malaikatNya berselawat kepadanya sampai matahari terbenam.''

*******Surah Al-Waqi'ah****
Rasulullah S.A.W berkata, 
''Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, fakir tidak akan menimpanya serta dilindungi dari ditimpa kesusahan.

boleh dikatakan semua surah ada fadhilatnya..''sampaikan kepada orang lain walaupun satu ayat''. ni apa yang aku tahu,..aku nak share ng korang..walaupun malas bacelah sikit..huhuu..ada gak la time aku xsempat & malas..just bace surah al-Mulk & al-Waqi'ah aje..hihihii..aku harap korang xmacam aku ye..ok la..selamat beramal..sayang kamo selamanya....

Friday 9 March 2012

!ReDhalaH DaRi SuaTu KeTeNtUaN!

$ Belajar DIAM dari banyak BICARA $
$ Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN $
$ Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG $
$ Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN $ 
$ Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN $
$ Belajar TAWAKKAL  dari UJIAN $
$ Belajar REDHA dari KETENTUAN $ 

Sunday 4 March 2012

~WaNiTa iTU DijaDiKan~

''WANITA itu dijadikan Allah untuk DILINDUNGI & DIKASIHI...
diJADIKAN ALLAH untuk diBELAI & diberi PERHATIAN...
Sekental mana pun dia, sekeras mana pun HATInya...
Gugur juga airmata bila dirinya dibentak-bentak & DISAKITI..
terGURIS juga hatinya jika tak dipeduli di kala dia perlu..
Salahnya dia perlu diPANDU, DIDIK dia dengan HEMAH...
KASIHI & HARGAI dia selayaknya...''
Haa ni anak kedua Qaseh,,comel kan..tengok warna baju pun merah..cam mama dia.hik3.

Thursday 1 March 2012

~BintanG~

''....Cube perhatikan dalam berjuta bintang di langit , pasti ada satu yang PALING TERANG...& saya harap bintang itu adalah AWAK..iaitu insan yang mampu memberi saya kilauan hidup & memimpin hidup saya menuju Cinta Sang Pencipta....''

Sebenarnya..Qaseh Sofia sangat sukekan bulan & bintang..nak tahu kenapa..??
Firstly..of course bulan tu cantik sangat! amat sangat! lagi-lagi bulan penuh..mase tu Qaseh akan terfikir..apa yang ada dalam bulan tu ye? SubhanaALLAH..kagum..satu lagi mesti Qaseh akan bagitahu bulan tu..''harap2 saat aku tengok bulan ni..mesti orang tu akan tengok..& wahai bulan sampaikanlah rindu aku pada Dia..sebab..bulan tu sama aje walau di mana kita berada..& Qaseh & dia mesti tengok bende yang sama..cume jarak aje yang berbeza..sweet kan?? 
bintang pun same..klo korang perasan,.dalam berjuta bintang di langit...memang ade 1 je yang berkilau..& bintang tu adalah insan yang dapat membahagiakan Qaseh suatu hari nanti*eerr sape laa insan tu.hurmm.huk3.Qaseh2 berangan tak habis-habis kan?hik3.
nak tahu..mama pernah bagitahu..aku sukakan bulan & bintang sebab mase aku dalam kandungan mama, mama suka tengok..dat's why Qaseh suke..hehehee..(*_^)..love u a lot mama!!! muuuahhhh!

Monday 27 February 2012

7 Tanda kita ''JATUH CINTA''

Hari ini..Qaseh Sofia nak share sikit..jommmm..baca 7 tanda kita benci  orang tu..opssss silap jatuh cinta laa dengan seseorang.....hihii..(*_^)..jeng..jeng..jeng..


7. Korang akan baca mesej dia berulang-ulang kali tanpa rasa jemu..
6. Korang berjalan dengan sangat perlahan apabila kamu berpeluang berjalan dengannya.
5. Dia saje yang korang selalu fikirkan..*apa dia tengah buat? dah makan ke? duk kat mana dia sekarang? sihat   ke Dia..hurmmm..contoh laaa..
4. Korang sudah mengingati baunya/ tak boleh lupe bau wangiannya.
3. Korang perasan yang korang akan tersenyum setiap kali kamu bercakap tentangnya.
2. Korang akan lakukan apa saje untuknya.
1. Ketika membaca kenyataan ini...korang senyum & yang pastinya ada seseorang yang ada dalam benak fikiranmu! hehehee..*itula orang yang kamu sayang...

hahahaa..alaa xleh percaya sume ni..Qaseh saja nak share je.Tapi kan..Qaseh nak gitahu kawan2 sekalian la ..lelaki idaman..bukan idaman la.maksud Qaseh, Qaseh suka laa..suke je laa..SUKA okey..bukan la maksud apa-apa. Qaseh memang la nak yang ada iman means boleh jadik imam, Quran wajib khatam, pandai azan..opkos itu first.maksud Qaseh , Qaseh "suke'' nak kata ciri2 tu ada kat calon tu..sipi2 la.tapi memang xde yang perfect dalam dunia ni. Pertama, Qaseh sangat suke..lelaki pakai jam tangan.maybe pelik bagi korang..tapi itulaa.nak tahu kenapa?sebab bagi Qaseh masa itu sangat penting.If dia ada jam..bagi pendapat la.automatik dia akan ingat nak solat masa mana, dia akan alert dgn waktu & dia akan tepati janji selagi dia boleh dengan izin Allah.haa jam plak mesti jam besi *ala demand kan? hak3. Qaseh xsuka jam tali,ala-ala tali plastik.bila tengok lelaki pakai jam, first think, eh2 bagusnya dia pakai jam, hensem laa.sampai mcm hormat sangat sebab lelaki memang susah nak cari yang pakai jam.hik3.
kedua, Qaseh tak suke if dia perokok.memang pantang lelaki perokok.sebab papa dan abang-abang Qaseh xde pun yang perokok even abang ipar. Bagi Qaseh dia tak sayang diri dia buat apa kita nak sayang dia kan.hek3.
Ketiga, Qaseh suka jika dia bukan seorang yang bekeng..garang..cepat marah & kasar.maaf sangat2, memang xleh bila kena marah oleh lelaki.sebab papa xpernah marah. Abang Qaseh yang sulung mmg garang, segarang2 dia memang dia takkan marah Qaseh.yang best..Qaseh ni seorang je adik dia yang xpernah kena marah.hahhahaa..dia xsanggup nak marah.mintak apa2 memang dia sanggup buat.kalau dengar nak makan apa2 memang dia usahakan, xadil bagi adik beradik lain kan.hehehee.silap2 kene tegur dah mulaa..nak tacink2.ahaksss.Lagi.hurmmm dia caring, lagiiiiiii ape yaaa..ahaaa.kalau masak xtahu pun xpe.tak kesah.kalau tahu masak bonus la kan.hek3.laagiii..dia sayang mak & ayah sangat2.Lagi dia mempunyai kuku bersih & cantik! sebab? bila kuku dia bersih mesti die seorang pengemas & pembersih.hehehe dan romantik haa last2 dia suke pakai baju melayu. Adehhh apa Qaseh mengarut ni. Maaf la ye saje je ni..tetibe mengigau kan..hahahaha.kalau nak ikut idaman memang banyak la ..tahun depan memang tak habis.manusia xde yang yang sempurna. Qaseh tak mintak yang sempurna cukup dia leh bimbing Qaseh lebih baik dari sehari ke sehari.Qaseh sendiri tersangat banyak kekurangan. Kita xde hak untuk pilih yang sempurna. Setakat ni aje la yaaa,nanti kita jumpa lagi. Mekaseh sahabat Qaseh..salam sayang..salam rindu..salam ukhwah..^__^..

Saturday 25 February 2012

~mampu tersenyum Qaseh Sofia~ (^_^)

Alhamdulillah..masuk ni 2minggu aku di UUM..hehehe..best belajar arini..dan palinggg best..aku nak kongsi yang aku...happy sangat..tak tahu kenapa...''mungkin aku rasa aku mampu tersenyum bahagia..''
minggu ni jugak dah aku kene membusykan diriku dengan program2 dannn aku akan kembali pada P******M psscm a.k.a Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kesayangan aku.aku nak cari sumthin yang dapat jadikan kenangan paling indah aku di UUM..dan pada satu saat & ketika aku akan rindukan dat's thing yang banyak mengajar aku erti belajar, persahabatan, kasih sayang, caring &  the most important thing sayang mama & papa aku..(^_*)!!!

Friday 24 February 2012

''saya terpaksa berhenti menyintai awak,
bukan sebab saya berputus asa untuk meraih cinta awak, 
tapi saya rasa awak akan lebih bahagia tanpa cinta saya,
memang betul cinta tak seharusnya memiliki..''

''saat hati bila terasa mahu membenci seseorang..
terlebih dahulu cubalah cari walau sekecil kelebihan & kebaikan yang ada pada dirinya.''

''belajar MEMBERI walau TAK SEBERAPA..
belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI ..
belajarlah TENANG walau kau GELISAH..
belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH.
dalam kesenangan tentu ada kesusahannya..
ketika dia terus buatmu TERLUKA
ingatlah rasa sakit kerana bertahan LEBIH BESAR daripada rasa sakit..jika kamu melepaskan..''

~kehidupan di campus~

after balik kuliah sempat je kami ambik2 gambar..hehehe.


sementara tunggu kelas..leh laa pose2 ckt..hak3..

ni pom same..sem lepas2 dah kot.maklum la Qseh jarang sangat uplode photo2 nih..

pic ni ade sum1 suke..i remember dat's..hehee..



ini laaa kenangan terakhir Qaseh di kolej muamalat..sekarang dah disayangi oleh warga proton .hehee.

Thursday 23 February 2012

~KisaH WaNiTa~

Ketika Wanita menangis, itu bukan beerti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya.. melainkan beerti dia sedang mengeluarkan senjata terakhirnya..


Ketika Wanita menangis, itu bukan beerti dia tidak berusaha menahannya, melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung airmatanya..

Ketika Wanita menangis, itu bukan kerana dia ingin terlihat lemah, melainkan kerana dia sudah tidak sanggup lagi untuk berpura-pura kuat..
Sesungguhnya, itulah Wanita sebenarnya..




Tuesday 3 January 2012

Our Mom..

Assalamualaikum...
agak lama xupdate..sebab cik wiena ni busy ng final exam la sekarang..hek3..
arini entry nak cerita pasal mama la..sebab rindu kot.hihiiii...
aku suke bila mama aku bahagia..cukup la mama sedih...disebalik kesusahan kami dulu masa kecik2 banyak hikmahnya..
1000x kali syukur aku padaMu..sebab buat mama bahagia ng suaminya..aku balik umah mama..lihat banyak perubahan..rumah dah direnovate ng cantik..kamar mama cantik..beliau beli pakaian kat mama..pe yang ma xmintak pun die beli..layan mama ng baik..xpernah tinngi suare kat mama..teman mama..tika kami adik beradik berjauhan ng mama.,.walaupun kami ramai..mampu ke kami bagi mama sume tu? xmampu kan? itula anak..mama sanggup buat ape je utk anak2 takut anak susah..,,mampu ke kami beli motor kat mama? nak suruh senang mama pegi keja..xpayah ng moto buruk itu lagi..kalo time hujan lagi susah hati..jauh la tempat mama keja..tapi semua dalam perlindunganNYA..ma selamat..beliau selalu hantar mama keje...walaupun mama tolak ..die tetap nak hantar..betapa sygnya die kt mama..syukur sangat bila da tengok mama senang sekarang..beliau dah bagi kereta kat mama..dia suruh mama drive pegi keje & jalan2,,dia bimbang bile die dah xde nanti xde ape yang tinggal..dat's y dia buat sume tu kat mama..dia nak mama senang & selamat sepanjang ketiadeaanya...aku xmampu la nak bagi kereta kat ma..syukur ade orang yang sayang mama..
mama pantang dengar kalo anak2 die mengidam nak makan..mesti cepat2 buat..padahal kami bersungut je..bagi mama xde yang buat dia bahagia melainkan dapat layan anak2 dan ikut kemahuan anak..
bila mama sakit..sape ade kat mama? bile mama demam sape yang ade ng mama? dalam ramai2 kami ni xde seorang pun yang dapat teman mama..sebab tu la berterima kasih sangat kat beliau sebab teman n jaga mama dengan baik..
dulu masa kami kecik2..mama keja..siang malam..sekarang mama dah senang.semua anak2 dah besar...
ape yang lagi membahagiakan mama..adelah kejayaan kami..aku belajar ni pun sebab nak bagi kat mama segulung ijazah..nak keja bagus2..nanti bila dah keja leh bagi duit kat mama...walaupun sikit..aku nak bagi tiap2 bulan..bia la mama simpan untuk pegi mekah..orang kata sikit2 lama2 jadi bukit..takkanla kami adik beradik ramai...xdapat sumbangkan sesuatu yang berharga kat mama..mama sorang pelihara kami boleh.,.xkan kami xboleh?
terima kasih mama...sayang mama..rindu mama..cuti ni mintak maaf xleh balik..balik umah papa dulu..nanti cuti lain baru balik umah mama..hehehe..sabar ye.
terima kasih mama sebab doakan kejayaan kami adik beradik..sehingga sume kami berjaya...berkat doa,motivasi mama,semangat yang diberikan xputus2..nasihat yang berguna,.. kesungguhan mama..kesusahan mama  kami jadi orang berguna..kasih sayang mama xde tandingan..
setakat itu je la celoteh cik wiena..tataaaaaaa..hihiii...