Friday 8 June 2012

~CAFE CINTA~

Mesti tertanya-tanya entry yang Qaseh buat kali nie.haaa.ni ulasan dari ceramah yang Qaseh dengar..ulang,ulang & ulang lagi..so?Qaseh nak share apa yang Qaseh dapat.
dari Dr Farhan Hadi & isteri tercinta kak Fatimah Syarha (Novelis Tautan Hati & Sebarkan CintaMU) *sy suka sangat kat akak tau..eee.('',).
dapatkan di pasaran "NOVEL: Cinta High Class'' keluaran April..tapi Qaseh xjumpa lagi =( ..nanti Qaseh usahakan yaaa..kawan cakap memang best sangat-sangat!!! lagi la excited Qaseh nak carik.huk3..
*********ulasannya********
CAFE CINTA??
Apa itu cinta?
Siapa yang ajar kita erti Cinta?
Adakah Kareena Kapoor? Hitrik Roshan? atau Bollywood?atau lagi Hollywood?
kata Al-Imam Hassan Al-Banna: "Kekuatan Faham itu adalah rukun satu daripada 10 rukun Bai'ah & pecahan rukun itu ada 20 usul."
kita nak faham apa? kita nak faham apa itu CINTA..
nak kenal cinta, kita kenal orang yang kenal Allah & takutkan Allah..
orang yang paling takut Allah di kalangan Hamba Allah, ialah orang Ulamak.
kata Syeikh Yusof Al Qardhawi: Tawwassul adalah hubungan yang tidak jelas.
kata Al-Imam Hassan Al Banna: "kalau kamu berkapel/ berkawan 20 tahun sekalipun, kamu tak kenal dia.yang kamu kenal adalah LAKONANNYA.."
Ni laa Ustazah Fatimah..solehah kan.

kata pepatah Arab: "Setiap yang bertunang / ada perasaan sebelum bernikah sedang berdusta.
masa tu kita hanya kenal seorang pacar bukan seorang SUAMI.."

Seterusnya, diceritakan lagi tentang kisah Saidina Umar Al Khattab: beliau meletakkan piawaian untuk kenal seseorang..bagaimana piawaiannya?
jom dengar ceramah..hehehe.
disentuh lagi tentang MERISIK..merisik ni bukan kapel-kapel.Merisik ialah kita minta atuk, ayah, abang, atau adik tanya tentang Dia.tanya orang yang berjiran dengannya.itulah merisik. ^_^..SubhanaAllah indah islam ini kan?
tambah zaman moden ini..cara kita merisik DIA..dengan FB..dengan BLOGnya..di situ kita boleh tahu bagaimana DIA layan perempuan, cara dia tawarkan CINTA pada wanita,cara dia cakap.semua kita boleh kenal DIA. 
kata Al Imam Hassan Al Banna lagi: CINTA itu boleh lenyap dengan lenyapnya sebab" *mendalam kan maksudnya..nak tahu lebih lanjut jom dengar..^__^.
bahaya sekiranya kita ambik sebab yang sementara. tetapi sekiranya kerana ALLAH, kerana AGAMA & AKHLAKnya cinta itu takkan lenyap..takkan LENYAP.knp?? fikir-fikirkan yaa..
ISLAM nak kita BAHAGIA..melangkah ke alam rumah tangga yang paling bahagia.
ALLAH sayang kita, Allah tak nak kita masuk neraka. semua orang atas BUMI ini layak untuk BAHAGIA, tapi kena CINTA ALLAH NO.1!!!
Doa nak suami SOLEH dengan ALLAH...
1) kene FOKUS 2) Hadir MINDA + HATI 3) kalau boleh hadirkan AIR MATA. ALLAH itu MAHA PENYANTUN & Dia boleh bagi JAUH LEBIH BAIK!!

seterusnya, adalah JIHAD/ MUJAHADAH..di mana jihad ialah LAWAN NAFSU ..jaga hati kita. Bagaimana?
1) kita kena ada MAJLIS ILMU. 2) AL-QURAN setiap hari. 3) SOLAT mesti CUKUP. 4) ada pencegahan CINTA 5) kene ulang-ulang & ulang TAZKIRAH kerana TAZKIRAH ibarat CHARGER kepada IMAN kita. 
WALLAHUA'LAM..

ceramah ni memang best sangat..even banyak kali dengar xpernah puas.so, serba sedikit sekadar peringatan untuk diri QASEH dan sahabat2..SEKIAN.
kata2 ustazah FATIMAH SYARHA: kalau awak nak saya, AWAS jangan dekat, dapatkan cara TERHORMAT, saya ada WALI..biar ada PRINSIP begitu..

No comments: