Wednesday 13 June 2012

Dia Maha Pengampun..

Hari ini..andai kita terjebak ke dalam dosa..
Andai kita tersembam di lumpur noda..
maka..usah kebingungan..
Bangunlah..
Sucikanlah diri..bersihkanlah dirimu..
Dengan berwudhuk..
Dengan wudhuk yang sempurna..


Engkau Cinta Agung..Ya Allah..
Kemudian..
Bangun dan berdirilah..
laksanakan solat dua rakaat..
Kemudian..Mohonlah keampunan ALLAH AL GHAFFAR..
Nescaya Dia akan mengampunkan dosa-dosa kamu itu..
Kerana Dia sememangnya Maha Pengampun..
Biar sebanyak mana dosamu..
Teruskanlah mengetuk pintu Allah..
Teruskan menyeru.. Ya Allah..Ya Allah..Ya Allahhhh..
Dia sentiasa menantimu..
Dia amat merindui kepulanganmu..
Biarpun kamu mengadapnya dengan segunung dosa..
Namun, Dia menantimu dengan sepenuh CINTA..