Saturday 10 March 2012

!KeRaNa DiRiMu Begitu BeRhArgE!

''Kerana CiNTA aku TERLUKA..
Kerana SAYANG aku MERANA..
Kerana RINDU aku TERMENUNG..
tapi kerana DIRIMU aku TERSENYUM (^_^)..''

!Selamat Beramal!

Assalamualaikum..hehehe..haa arini..aku nak share sumthing yang baik..meh la sama-sama kita amalkan..fadhilat amalan surah-surah tertentu..


********Surah Yasin******
Daripada Ma'qal bin Yasaar bahawa Rasulullah S.A.W berkata,
''Jantung al-Quran adalah Yasin. Sesiapa yang menbacanya & berharap akan keredaab Allah dan hari akhirat, pasti akan mendapat keampunan Allah. Bacalah Yasin itu kepada orang yang mati di kalangan kamu''
Selain itu, surah Yasin juga dapat menghilangkan rasa dahaga @ kehausan pada hari kiamat.

********Surah Al-Mulk******
Abdullah bin Mas'ud melaporkan, 
''Sesiapa yang membaca surah al-Mulk pada setiap malam, Allah akan menjauhinya dari seksa seksa kubur.(Pada zaman Rasulullah S.A.W), kami menamakannya surah al-Mani'ah(pencegah). Sesungguhnya ia terdapat pada Kitabullah satu surah. Sesiapa membacanya pada malam hari, pahala & kebaikan pasti diperolehinya berlipat kali ganda''.

********Surah Ad-Dukhan******
Abu Hurairah melaporkan hadis,
''Sesiapa yang membaca surah al-Dukhaan malam hari, pada pagi harinya tujuh puluh ribu (70 000) malaikat akan memohon keampunan untuknya.''
Tambahan, surah ini dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

*******Surah Al-Kahfi*****
Abu Sa'id al-Khudri melaporkan Rasulullah S.A.W berkata,
''Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi  pada hari jumaat, dia akan diterangi NUR(cahaya) di antara dua Jumaat.''

*******Surah Ali Imran******
Ibnu Abbas melaporkan Rasulullah S.A.W berkata,
''Sesiapa yang membacakan surah yang disebutkan di dalamnya Keluarga Imran(Ali Imran) pada hari Jumaat, Allah bersama malaikatNya berselawat kepadanya sampai matahari terbenam.''

*******Surah Al-Waqi'ah****
Rasulullah S.A.W berkata, 
''Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, fakir tidak akan menimpanya serta dilindungi dari ditimpa kesusahan.

boleh dikatakan semua surah ada fadhilatnya..''sampaikan kepada orang lain walaupun satu ayat''. ni apa yang aku tahu,..aku nak share ng korang..walaupun malas bacelah sikit..huhuu..ada gak la time aku xsempat & malas..just bace surah al-Mulk & al-Waqi'ah aje..hihihii..aku harap korang xmacam aku ye..ok la..selamat beramal..sayang kamo selamanya....