Friday 8 June 2012

PIliH SuaMi ''CINTA HIGH CLASS''!!

Assalamualaikum..buat tatapan entry Qaseh tersayang lagi dirindui.. ^__^..sihat semua tak? InsyaAllah kalian sihat yaaa..Qaseh sayang kalian semua..hehehe..
Hari ini Qaseh nak share lagi ceramah Ustazah Fatimah Syarha..tajuk hari ini seperti di atas..jeng3.. tajuk ulasan kali ini ''CINTA HIGH CLASS'' jangan lupa dapatkan novelnya tau..
*******ULASAN********
ceramah ini lebih kepada cara kita nak didik anak-anak. Uztazah merupakan seorang UMMI kepada dua orang cahaya mata, beliau kongsikan ssedikit cara terbaik untuk mendidik putera & puteri kita nanti. ^__^.
kata Ustazah : Didik anak sangat lah susah tetapi mempunyai pahala& nikmat yang tersangatlah besar.dengan cara bagaimana?? iaitu dengan DOA mereka yang menjadikan saham buat kita di akhirat kelak yang xpernah putus.
yang seterusnya, cara nak didik anak adalah bermula proses di mana siapa ayah untuk anak-anak kita.
kata Nabi : "Pilih jangan tidak pilih".
Pilih la yang baik, pilih yang paling HIGH CLASS..
Apa yang dikatakan CINTA HIGH CLASS?
adakah seorang anak RAJA? anak Yusoff Al-Qardhawi?
yang dikatakan cinta high class ialah: 
1) DIA letakkan cinta ALLAH NO.1
2) Cintakan kita kerana ALLAH *dia xajak kita buat perkara yang dilarang, dia xajak kita mesEj2 sampai lagha, & dia xkan ajak kita buat perkara yang Allah murka.*
3) MUJAHADAH/Lawan Nafsu
4) Cinta itu menjaga hubungan dengan Allah & hubungan dengan manusia.

pertama kita mesti didik anak ialah dengan DOA..
kisah Nabi a.s banyak menceritakan tentang DOA.
yang keduanya ialah kita sebagai ibu-bapa kena BANYAK JAGA LIDAH iaitu jaga tutur kata.
ibu-bapa merupakan pengaruh paling besar dengan tindakan kita. sekiranya ada dalam diri kita sekarang ,bermula detik & ketika ini KIKIS la perlahan-lahan semoga kita mampu jadi yang terbaik.
kata Riwayat Aisyah r.a : WANITA yang paling baik itu ialah WANITA YANG tidak dikenali BERMULUT CELUPAR & WANITA yang tidak mudah percaya dengan tipu muslihat lelaki.
kata Ibnu Abbas seorang sahabat nabi: Kebaikan itu MUDAH, Kebaikan itu nilai PERHIASAN, kata-kata yang baik dan melihatkan WAJAH yang berseri-seri.
Maha Suci Allah.. sungguh INDAH ISLAM ini..

setakat ini sahaja yang dapat Qaseh ulas..nanti lain siaran Qaseh akan kupas mengenai 
''KAU TERCIPTA UNTUKKU & PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL''
Mudahan-mudahan ia dapat manfaat kita bersama sebagai jalan menjadi ISTERI & UMMI SOLEHAH buat anakanda kita, walaupun bukan hari ini, boleh jadi esok? luse? minggu depan..tahun depan & bila-bila masa, peluang untuk berubah selalu ada, cuma bergantung kepada DIRI KITA SENDIRI.. WALLAHUA'LAM...sekian. (*_^)..

~CAFE CINTA~

Mesti tertanya-tanya entry yang Qaseh buat kali nie.haaa.ni ulasan dari ceramah yang Qaseh dengar..ulang,ulang & ulang lagi..so?Qaseh nak share apa yang Qaseh dapat.
dari Dr Farhan Hadi & isteri tercinta kak Fatimah Syarha (Novelis Tautan Hati & Sebarkan CintaMU) *sy suka sangat kat akak tau..eee.('',).
dapatkan di pasaran "NOVEL: Cinta High Class'' keluaran April..tapi Qaseh xjumpa lagi =( ..nanti Qaseh usahakan yaaa..kawan cakap memang best sangat-sangat!!! lagi la excited Qaseh nak carik.huk3..
*********ulasannya********
CAFE CINTA??
Apa itu cinta?
Siapa yang ajar kita erti Cinta?
Adakah Kareena Kapoor? Hitrik Roshan? atau Bollywood?atau lagi Hollywood?
kata Al-Imam Hassan Al-Banna: "Kekuatan Faham itu adalah rukun satu daripada 10 rukun Bai'ah & pecahan rukun itu ada 20 usul."
kita nak faham apa? kita nak faham apa itu CINTA..
nak kenal cinta, kita kenal orang yang kenal Allah & takutkan Allah..
orang yang paling takut Allah di kalangan Hamba Allah, ialah orang Ulamak.
kata Syeikh Yusof Al Qardhawi: Tawwassul adalah hubungan yang tidak jelas.
kata Al-Imam Hassan Al Banna: "kalau kamu berkapel/ berkawan 20 tahun sekalipun, kamu tak kenal dia.yang kamu kenal adalah LAKONANNYA.."
Ni laa Ustazah Fatimah..solehah kan.

kata pepatah Arab: "Setiap yang bertunang / ada perasaan sebelum bernikah sedang berdusta.
masa tu kita hanya kenal seorang pacar bukan seorang SUAMI.."

Seterusnya, diceritakan lagi tentang kisah Saidina Umar Al Khattab: beliau meletakkan piawaian untuk kenal seseorang..bagaimana piawaiannya?
jom dengar ceramah..hehehe.
disentuh lagi tentang MERISIK..merisik ni bukan kapel-kapel.Merisik ialah kita minta atuk, ayah, abang, atau adik tanya tentang Dia.tanya orang yang berjiran dengannya.itulah merisik. ^_^..SubhanaAllah indah islam ini kan?
tambah zaman moden ini..cara kita merisik DIA..dengan FB..dengan BLOGnya..di situ kita boleh tahu bagaimana DIA layan perempuan, cara dia tawarkan CINTA pada wanita,cara dia cakap.semua kita boleh kenal DIA. 
kata Al Imam Hassan Al Banna lagi: CINTA itu boleh lenyap dengan lenyapnya sebab" *mendalam kan maksudnya..nak tahu lebih lanjut jom dengar..^__^.
bahaya sekiranya kita ambik sebab yang sementara. tetapi sekiranya kerana ALLAH, kerana AGAMA & AKHLAKnya cinta itu takkan lenyap..takkan LENYAP.knp?? fikir-fikirkan yaa..
ISLAM nak kita BAHAGIA..melangkah ke alam rumah tangga yang paling bahagia.
ALLAH sayang kita, Allah tak nak kita masuk neraka. semua orang atas BUMI ini layak untuk BAHAGIA, tapi kena CINTA ALLAH NO.1!!!
Doa nak suami SOLEH dengan ALLAH...
1) kene FOKUS 2) Hadir MINDA + HATI 3) kalau boleh hadirkan AIR MATA. ALLAH itu MAHA PENYANTUN & Dia boleh bagi JAUH LEBIH BAIK!!

seterusnya, adalah JIHAD/ MUJAHADAH..di mana jihad ialah LAWAN NAFSU ..jaga hati kita. Bagaimana?
1) kita kena ada MAJLIS ILMU. 2) AL-QURAN setiap hari. 3) SOLAT mesti CUKUP. 4) ada pencegahan CINTA 5) kene ulang-ulang & ulang TAZKIRAH kerana TAZKIRAH ibarat CHARGER kepada IMAN kita. 
WALLAHUA'LAM..

ceramah ni memang best sangat..even banyak kali dengar xpernah puas.so, serba sedikit sekadar peringatan untuk diri QASEH dan sahabat2..SEKIAN.
kata2 ustazah FATIMAH SYARHA: kalau awak nak saya, AWAS jangan dekat, dapatkan cara TERHORMAT, saya ada WALI..biar ada PRINSIP begitu..