Friday 20 May 2011

Terimalah Ketentuan Allah, Baik ataupun Buruk

Assalamualaikum..sahabat Qaseh..kali ini Qaseh nak kongsi sesuatu..Qaseh baca dari sebuah buku  yang tajuknya " MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA" yang ditulis oleh DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI.. beliau juga pengarang buku "Jangan Bersedih"
Qaseh beli buku ni sebab..pertama suka dengan tajuknya..kedua sebab buku ini cantik..hik3..
"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau" itulah sedikit motivasi di kulit buku Dr Aidh ini.. Satu tajuk aje yang Qaseh mahu kongsi..
                      
                      ''TERIMALAH KETENTUAN ALLAH, BAIK ATAUPUN BURUK"

Allah s.w.t berfirman:
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi (tidak pula) pada diri kamu kecuali telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang sedemikian itu) supaya kamu tidak berputus asa atas apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangkang." 
(Surah Al-Hadid: 22-23)
Allah s.w.t berfirman:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: 216)

Ketenangan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung kepada iman dan keyakinan kepada Qada & Qadar.
Kat sini Qaseh nak share langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat menghadapi musibah dengan selamat:
  • Cubalah khayalkan musibah  yang lebih besar dan lebih buruk dari yang sedang dialami.
  • Cubalah khayalkan orang lain yang sedang ditimpa musibah yang lebih besar dari yang sedang kita alami.
  • Pandanglah nikmat-nikmat yang diberi kepada anda tetapi ia diberi kepada orang lain.
  • Jangan sesekali anda menyerah mendepani kegagalan yang berlaku sekalipun kedatangannya berupa malapetaka.
"Sesungguhnya bersama kesusahan dan kemudahan dan sesungguhnya bersama kesusahan & kemudahan"
(Surah Al-Insyirah: 5-6)
Mudah-mudahan ia sedikit sebanyak dapat bagi ilmu kat kita..Kita manusia sememangnya tersangat mudah & alpa.
Wallahua'lam.Jumpa lagi. ^__^..